Sunday, December 6, 2009

Chemical Bonding Manifestasikan Ukhuwwah Islamiyah

Salam Keimanan,

Bismillah,
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W...



Perkataan manifestasi bermaksud diperlihatkan dgn jelas. Dalam penjelasan chemical bonding terbahagi kpd dua, iaitu: ionic bond dan covalent bond.

Dalam kedua-dua type of bond ini, banyak ditumpukan pd aspek pergerakan electron, sama ada electron itu diberi(ionic bond) atau dikongsi (covalent bond). Naturally, electron bercas negative ini sudah menjadi 'tanggungjwb'nya negative cas ini menarik atau melekat pd positive cas.

Maka konsep tersebut tidaklah ad bezanya dengan konsep ukhuwwah. Ukhuwwah spt yg sdia maklum, bukan sekadar mengenal nama, butir2 peribadi malah ia lebih besar dari tu. Ad 3 martabat ukhuwwah islamiyah,

1. Salamatus Sodri (berlapang dada)
2. Al Musawah (kesamarataan)
3. Ithar (melebihkan)

Mungkin pada permulaan, kite membentuk covalent bond dgn rakan2 yakni berkongsi dalam segenap perkara.

Mungkin lebih lame kite berukhuwwah, tanpa disedari mungkin kite sudah pun ber'ionic bond' dgn rakan kite itu. Sbg contoh, beli roti ltak kt blek, wat mee hoon sup di blek, ajar roomate kimia 2 dan bnyk lagi. Pemberian itu tanpa kite sedari.

As conclusion, slagi dunia ini wujud chemical bonding antara element, selagi itulah wujudnya ukhuwwah islamiyah antara muslim merentasi jemaah. Cmenye, jgnlah cpat putus asa dlm berukhuwwah.Ukhuwwah ini praktikal sifatnya. Ukhuwwah bukannye bleh bentuk dalam mse sekali pertemuan atau sehari bersama, tetapi ia perlukan mase!!!.

Akhirnya, marilah besame2 beramal dgan sepotong ayat quran nie,

Firman Allah Taa'la:


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ


Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
(Al Hujurat 49: 10)

Mohon Keampunan..
Astaghfirullah...

Wallahua'lam...

Stress Ker???

Salam Keimanan....

Bismillah,
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W...

Kali ini, ana cume nak kongsikan tips macamne nak menghindari stress.
Maklumla, nga blaja nie kompem ad perkare yg bleh wat kan kite nie jd stress..

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan
tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk
sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan
mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan
diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca
akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca
Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca
Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti
ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai
teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal
ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat
sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai
solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam
dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan
kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini
bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan
secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat,
tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan
dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang
benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki
tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.
Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa
hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan
dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang
Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu,
kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya
jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa
tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak
yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita
melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan
seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita
meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga
akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan
salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk
mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat.
Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan
penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing
manis.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat
diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan
hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut
dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada
sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka
seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh,
bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang
Maha Mendengar dn Mengetahui mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita
mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk
melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.
Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan
tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti
menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain".
Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita
perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri
kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu
dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan
kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Sumber dari>> http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t94796.html

Moge dengan sedikit perkongsian dari diri yg serba kekurangan ini,
sme2 kite amalkan ape yg termampu..

Mohon keampunan..
Astaghfirullahalazim...

Wallahua'lam...

Wednesday, November 11, 2009

Sad Story To Be Shared (Perhaps)

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.
Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis keti ka itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.
Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

“Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!”

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik.
Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah..

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.

“Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.
Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.
Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,”Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!”
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.
Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku.

Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,

“Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!”

“Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak.

“Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?”

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

“Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!”

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.
Panggggg…(sakit weh)..sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

“Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!”

“Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

“Kakak perempuan…biarlah kakak yang berhenti.”

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada.
Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…..

“Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.”

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:

“ Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!”

“Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?”

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.

“Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!”

Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni.. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?”
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi.
Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.”

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.
Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.”
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

“Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.”

“Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.”

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

“Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

“Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.”
Apalagi…aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik..

“Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik.

“Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.”

“Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk.

“Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada.

Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?”

Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya….”katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

“Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.

Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya.
Dia berjalan dengan sebelah kasut.. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar.”

“Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”

“Jika tak dapat apa yang kita suka,,belajarlah menyukai apa yg kita dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada...”

p/s: aku x der kakak dan juga adik...hu5...

Wallahua'lam..

Wednesday, October 7, 2009

Ader aper dgn CHESS

Salam Syawal...
Salam Cuti Sem 1...

Sahabat2 cuti wat per kt rumah???
Pinang anak orang ker??kui3....ker nikah tros??
Apepon berbaktilah pada masyarakat....

Umum,Sejarah permainan chess bermula sejak awal abad ke 6 Masihi di India..
Alamak malas plak nak citer panjang2..hangpa bukak je la wikipedia...
Taip 'sejarah chess'......

Antara tokoh Islam yg mengadaptasikan chess nie ialah Abu al-Hasan 'Alī al-Mas'ūdī. Beliau mengimplementkan chess sebagai salah satu strategi peperangan, mathematics dan astronomi.
Camne die implementkan 2??? 2 hangpa kne pikiaq dan kaji sndiri la...

Apepon sebut tentang catur..sudah semestinya berkait rapat dengan strategi percaturan. Jika think out box, mengambil kira aspek ketuhanan, Allah sebagai Pencipta telah mencaturkan semua ciptaanNya dengan begitu teliti dan sempurna. Lihat saja pencaturan Allah antara langit dan bumi, siang dan malam... Masing-masing memainkan peranannya mengikut SunnatuLLah... Sebagaimana peranan setiap buah catur dalam setiap perlawanan..

Begitu juga dengan manusia.. Setiap orang ad peranan masing2.. Peranan sbg seorg hambaNya, sbg seorg anak, sbg pelajar dan bermacam lg peranan yg perlu kite laksanakan setiap waktu.
Oleh itu, ana mengajak sahabat2 semua sedar, betapa Allah sedang mencaturkan kite dengan meletakkan dibahu ini dengan pelbagai peranan dan tanggungjawab masing2. Kronology yg sma dlm permainan catur. Subhanallah... Maka sudah seharusnya kite mengetahui ape peranan kite sebagai Hamba Allah...

Bile ditanye "x bazir mase ke men chess nie?". Jawapan ana, daripada buang mase berbual kosong, 'mengumpat', berangan x tentu pasal... lebih baik tajamkan pemikiran dengan kritikal thinking (nak pikir strategi camne nk menang atau syahid..hu5) dalam permainan nie.. ditambah lagi sambil mengulang atau zikrullah.... peerrrrgghhhh lagi lah...

Kesimpulannyer, jom men chess........

Wallahua'lam.....

Friday, September 18, 2009

Rate Of Reaction (ROR)

Salam Syawal...

Hmm.. mungkin teori yg ana nk smpaikn nie just pengadaptasian konsep kimia yg ana sendiri buat.. Terpulang le pd shabat2 nk view dr sudut mane skalipon..

Rate of Reaction
atau ana ringkaskan ROR...(seng cket).. ana adaptasikan dlm konsep pemahaman tentang Islam kpd manusia...

Dalam konsep ROR antara term yg digunakan ialah reactant, product, activation Energy (Ea), catalyst, right orientation.

(Ea)
reactant ------------> product

Secare teorinyer, Reactant akan betindak balas untuk menghasilkan product. Energy diperlukan untuk melaksanakan tindak balas tersebut. Catalyst atau dlm bahse jawenye pemangkin disertakan untuk mempercepat tindak bls reactant dan mengurangkan energy yg hendak digunakan. Reactant juge perlu kpd right orientation yakni bentuk yg betul untuk reaction occur.... Kla teori yg ana present nie salah, maka cepat2 la sahabat2 yg mashi dlm bab chmistry(kimia) nie btolkn...

Ana adaptasikan begini..... Semase zaman Rasulullah dan para sahabat nabi, Rate of Reaction (ROR) tentang pemahaman Islam dikalangan bangsa Arab ketika itu cukup tinggi dan mengambil mase yg singkat untuk Islam berkembang ke seluruh Semenanjung Tanah Arab. Rasulullah S.A.W. sendiri yg mencetus reaction ini berlaku bermula dgn penanaman fikrah islamiah ke dalam reactant pada masa tersebut.Reactant tersebut ialah kaum Arab yg jahil.Dan productnye, lahir lah individu Muslim pd mse tersebut seperti Siti Khadijah, Saidina Abu Bakar, Saidina Ali dan orang2 Arab yg awal memeluk agama Islam.

Untuk menghasilkan product yg berkualiti, Nabi Muhammad memerlukan Energy yakni beberapa siri dakwah untuk menyampaikan kefahaman Islam di kalangan sahabat. Baginda menggunakan orientasi yg btol (right oreintation) yakni bentuk dakwah yg sesuai mengikut keadaan semasa contohnyer liqa' sir di rumah Arqam bin Abi Al Arqam pada zaman awal kemunculan Islam dan selepas Hijrah ke Madinah, bentuk dakwah Islam bertukar kepada membuka Kota Islam yg baru.

Untuk mempercepatkan ROR di zaman tersebut, Baginda menggunakan para sahabat sebagai catalyst/pemangkin kebangkitan Islam. Di sini dapat dilihat bahawa para sahabat bukan sahaja menjadi product yg berkualiti tetapi secara automaticnyer mereka juga berupaya menjadi catalyst dalam mempercepatkan penyebaran kefahamn Islam di kalangan masyarakat pada mse itu. Selain itu, bentuk yg sesuai mengikut keadaan semasa juga diadaptasikan Rasulullah dan para sahabat dalam menjalankan siri dakwah mereka.

Sahabat2,.

Jika lihat pada diri kite, mungkin suatu mase dlu kite berada di tahap reactant. Tp sedar atau tak, setelah menerima kefahaman tentang Islam sebenar, maka selayaknye kite adalah product muslim. Persoalannyer, BERKUALITI atau TIDAK, anda mampu menyubahnyer. However, adakah hanya stakat level product sahaja yg mahu kite capai??? Sape plak yg mahu jd catalyst???. Catalyst kepada kebangkitan agama Islam tercinta ini. Same2 kite berdoa dan berusaha agar kite berada dalam saf catalyst ini.

Wallahua'lam...

Tuesday, September 15, 2009

Mengimbau Kemenangan

Salam Ramadhan....

Salam 25 Ramadhan 658H bersamaan
3 September 1260M

Tanggal tarikh ini, mungkin x rmai yg tau bahawa peristiwa yg berlaku pd hari tersebut telah mengubah geografi dunia dan perubahan itu kekal sehingga hari ini.

Peperangan Ain Jalut...
Tentera Mongol buat pertama kalinya kalah dlm peperangan ditangan Tentera Islam Mamluk Mesir yg dipimpin oleh Sultan Muzaffar Saifudin Qutuz bergabung dgn saki baki Tentera Abasiyah (mrk tewas semasa mempertahankan Kota Baghdad dari serangan Tentera Mongol), dibantu Tentera Mongul yg tlh mendpt cahaya Islam dan kaum Baybars. Gabungan tentera Islam yg berjumlah sekitar 20 000 bertempur dgn tentera Mongul yg berjumlah 200 000 mengikut sesetgh pendapat.

Bulan puase x mematahkan semangat tentera Islam bahkan mereka lebih bersemangat dlm memburu syahid dan malamnya mereka bertahajud kpd Allah memohon kemenangan.Berkat bulan ramadhan dan kesabaran tentera Islam, akhirnya Allah berikan kemenangan kepada mereka.

Mari bermuhasabah sebentar, tinggal beberapa hari ramadhan kian menutup pintunya.. Sama ada kite bersedih atau gembira dgn apa yg kite lalui sepanjang ramadhan ini menjadi turning point dan semangat kpd diri kite utk melalui bulan-bulan mendatang..
Marilah kite mengimplementkn pentarbiyahan ramadhan dlm kehidupan seharian...

Wallahua'lam...

Saturday, September 5, 2009

Wah dah lme rupenyer....

Salam Ramadhan...

Salam 6hb September 1990...

X sangke... dah lme jgk ak idop kt dunia nih..
tp ak rse x puas ati lg dalam idop nie..
walaupun byk bende da wat tp masih lg x puas...

ilmu di dada pun....alahai mcm secebis kuman je rsenye..
umur da miningkat..tp iman???
jika diminta hurai bab akidah, ibadah, akhlak???
aduh...x masyi lg sheikh...apetah lg hal agama yg len..
AL-QURAN lg lah...
Ya Allah...malu nyer ak ngn diriku...

Ampunilah dosa ku Ya Allah, dosa kedua ibubapaku yg
melahirkan ak tanggal tarikh ini, dosa guru2ku, dosa
sahabat2 ku,serta dosa kaum muslimin.
Ya Allah, jauhi lah ak dengan fitnah dunia, ltakkanlah
ak di jalan yg lurus, jln yg membawa ku ke syurga mu...
dan jgnlah Kau jauhkn ak dr Islam, jdkan ak pendokong
agamamu Ya Allah sehingga roh ak berpisah dgn jasad ku
untuk kembali kepadaMu....

Slamat Hari Lahir Ke-19
~Diriku~....

Sunday, August 23, 2009

Kehidupan Dunia Satu Penipuan

Salam Ramadhan…


Oh dunia… kenapa ianya penuh tipu daya?...tipu daya manusia, tipu daya harta dan kekayaan, tipu daya pangkat dan kekuasaan, tipu daya nafsu dan keinginan dan semacam ‘juta’ tipu daya..

(pergh bermadah pulak!!!).


However, jika kehidupan dunia ini satu penipuan, mane yang realitinyer…ya sahabat2 realitinya sudah tentu kehidupan di akhirat..kehidupan yang sudah tentu pasti.. Di dunia, mata kite sebenarnye ditipu dengan pelbagai kesenangan yang mampu mengubah fokus kite menuju ke alam yang reality..


Firman Allah Taala :


104. (Allah berfirman): Kami lebih mengetahui akan kadar masa Yang mereka katakan itu, manakala orang Yang lebih tepat pendapatnya di antara mereka berkata pula: "Tiadalah kamu tinggal melainkan satu masa Yang amat singkat".

Surah Taahaa


Actually, setelah ber’brainstorming’ dengan roommate, Afiq Arshad, melalui firman Allah di atas, kite hidup atau lebih tepat, singgah di dunia ini sekejap je.. Hence, byk bende yg sepatutnye kite tanggungjawabkan ‘as vicegerence’ di bumi x dpt kite laksanakan..(itu x msuk lg men bola, tgk bola, ‘meeting’ pasal bola, tidur la).. Jadi btol la kate As Syahid Al Imam Hasan Al Banna ‘al waajibat aktharu minal a’uqat’..


Sempena Ramadhan Al Mubarak ini, ana menyeru kpd diri ana sendiri dan sahabat2, walaupun kite bz dgn pelajarn, ‘meeting’ dan sbgnya, sme2 kite mencuri ruang mse untuk meningkatkan amalan sbg bekalan kite untuk hidup di dunia yg reality nanti.


Same2 kite menyeru ke arah kebaikan dan mencegah keburukan. Teguran sahabat2 amat ana nantikan...


Wallahua’lam...

Thursday, August 13, 2009

KITA SEMAKIN HAMPIRI PENGHUJUNG......

Salam Perjuangan....

Sahabat2 yg ana kasihi sekalian...
ana mahu mengajak sahabat2 bersama2 kite merenung sebentar tentang hakikat hari kiamat yg pasti akan tiba... Sedar ataupun tidak... dunia yg sementare nie semakin hampiri penghujung...
byk tanda2 kiamat yg sedang berlaku di seluruh dunia pd mse nie...

Di sini ana mahu berkongsi beberapa tanda2 kiamat yg kian hampir yg dapat ana cri...

  1. Penaklukan Baitulmuqaddis.
    Dari Auf b. Malik r.a. katanya,

    Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.
    - Sahih Bukhari

    ~ dah jadi dah pun.. lebih 50 tahun palestine dijajah yahudi...~

  2. Zina bermaharajalela.

    “Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.”
    - Sahih Muslim

    ~ dah nampak dah...setiap hari mesti ader punyerrr~

  3. Bermaharajalela alat muzik.

    “Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab, “Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi wanita”
    - Ibnu Majah

    ~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik, Anak Wayang, Bintang RTM....~

  4. Menghias masjid & membanggakannya.

    “Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid”
    - Riwayat Nasai.

    ~ memang dah nampak dah, contoh kat Malaysia, Masjid Kris...........~

  5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

    “Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.”
    - Riwayat Ahmad dan Hakim.

    ~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu…~

  6. Ramai orang soleh meninggal dunia.

    “Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran”
    - Riwayat Ahmad

    ~ boleh kira berapa jer para ulama’ yg tinggal, baru jer tadi ust Asri Rabbani meninggal..seorg pendakwah... Al-Fatihah...~

  7. Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

    “Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
    - Riwayat Thabrani

    ~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ader....~

  8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

    “Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.”
    - Riwayat Ahmad

    ~ jiran sesama islam pun tak bertegur sapa…padahal sebelah bilik jer pun...~

  9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

    Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara anda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”

    ~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)..~

  10. Bulan sabit kelihatan besar.

    “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
    - Riwayat Thabrani

    ~ tak caya gi tengok..~

  11. Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

    “Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu”
    - Sahih Muslim

    ~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar-akhbar harian & majalah yang popular sekarang nie…Contohnyer xxxxxxxxxxx.....hu3~

  12. Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

    “Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.”
    - Riwayat Ahmad

    ~ tengok kes peperangan Iraq, Afghanistan, Selatan Thai, Kematian MJ,Kematian Dr. Sherbini..~

  13. Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

    “Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai”
    - Sahih Muslim

    ~ Dubai dah turun salji.. Mina dah kene banjir..~


Sahabat2 sekalian...

Marilah kite renung sekejap... dah cukup ke bekalan kite untuk akhirat kelak...???
dah bersedie ker kite nie nak ke sana..???

Ingat!!! orang mukmin pasti akan gembira bila tibanye hari kiamat....hanya orang munafiq jer yg menyatakan bahawa kiamat x kn terjadi... dan mereka takut akan berlakunyer hari kiamat...

Sme2lah kita ingat-mengingati 1 sme lain...Janganla kite segan untuk membetulkan ape yg salah... Kebenaran pasti akan mengalahkan kebatilan..

Wallahua'lam.........