Sunday, August 23, 2009

Kehidupan Dunia Satu Penipuan

Salam Ramadhan…


Oh dunia… kenapa ianya penuh tipu daya?...tipu daya manusia, tipu daya harta dan kekayaan, tipu daya pangkat dan kekuasaan, tipu daya nafsu dan keinginan dan semacam ‘juta’ tipu daya..

(pergh bermadah pulak!!!).


However, jika kehidupan dunia ini satu penipuan, mane yang realitinyer…ya sahabat2 realitinya sudah tentu kehidupan di akhirat..kehidupan yang sudah tentu pasti.. Di dunia, mata kite sebenarnye ditipu dengan pelbagai kesenangan yang mampu mengubah fokus kite menuju ke alam yang reality..


Firman Allah Taala :


104. (Allah berfirman): Kami lebih mengetahui akan kadar masa Yang mereka katakan itu, manakala orang Yang lebih tepat pendapatnya di antara mereka berkata pula: "Tiadalah kamu tinggal melainkan satu masa Yang amat singkat".

Surah Taahaa


Actually, setelah ber’brainstorming’ dengan roommate, Afiq Arshad, melalui firman Allah di atas, kite hidup atau lebih tepat, singgah di dunia ini sekejap je.. Hence, byk bende yg sepatutnye kite tanggungjawabkan ‘as vicegerence’ di bumi x dpt kite laksanakan..(itu x msuk lg men bola, tgk bola, ‘meeting’ pasal bola, tidur la).. Jadi btol la kate As Syahid Al Imam Hasan Al Banna ‘al waajibat aktharu minal a’uqat’..


Sempena Ramadhan Al Mubarak ini, ana menyeru kpd diri ana sendiri dan sahabat2, walaupun kite bz dgn pelajarn, ‘meeting’ dan sbgnya, sme2 kite mencuri ruang mse untuk meningkatkan amalan sbg bekalan kite untuk hidup di dunia yg reality nanti.


Same2 kite menyeru ke arah kebaikan dan mencegah keburukan. Teguran sahabat2 amat ana nantikan...


Wallahua’lam...

Thursday, August 13, 2009

KITA SEMAKIN HAMPIRI PENGHUJUNG......

Salam Perjuangan....

Sahabat2 yg ana kasihi sekalian...
ana mahu mengajak sahabat2 bersama2 kite merenung sebentar tentang hakikat hari kiamat yg pasti akan tiba... Sedar ataupun tidak... dunia yg sementare nie semakin hampiri penghujung...
byk tanda2 kiamat yg sedang berlaku di seluruh dunia pd mse nie...

Di sini ana mahu berkongsi beberapa tanda2 kiamat yg kian hampir yg dapat ana cri...

  1. Penaklukan Baitulmuqaddis.
    Dari Auf b. Malik r.a. katanya,

    Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.
    - Sahih Bukhari

    ~ dah jadi dah pun.. lebih 50 tahun palestine dijajah yahudi...~

  2. Zina bermaharajalela.

    “Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.”
    - Sahih Muslim

    ~ dah nampak dah...setiap hari mesti ader punyerrr~

  3. Bermaharajalela alat muzik.

    “Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab, “Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi wanita”
    - Ibnu Majah

    ~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik, Anak Wayang, Bintang RTM....~

  4. Menghias masjid & membanggakannya.

    “Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid”
    - Riwayat Nasai.

    ~ memang dah nampak dah, contoh kat Malaysia, Masjid Kris...........~

  5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

    “Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.”
    - Riwayat Ahmad dan Hakim.

    ~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu…~

  6. Ramai orang soleh meninggal dunia.

    “Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran”
    - Riwayat Ahmad

    ~ boleh kira berapa jer para ulama’ yg tinggal, baru jer tadi ust Asri Rabbani meninggal..seorg pendakwah... Al-Fatihah...~

  7. Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

    “Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
    - Riwayat Thabrani

    ~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ader....~

  8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

    “Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.”
    - Riwayat Ahmad

    ~ jiran sesama islam pun tak bertegur sapa…padahal sebelah bilik jer pun...~

  9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

    Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara anda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”

    ~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)..~

  10. Bulan sabit kelihatan besar.

    “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
    - Riwayat Thabrani

    ~ tak caya gi tengok..~

  11. Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

    “Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu”
    - Sahih Muslim

    ~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar-akhbar harian & majalah yang popular sekarang nie…Contohnyer xxxxxxxxxxx.....hu3~

  12. Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

    “Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.”
    - Riwayat Ahmad

    ~ tengok kes peperangan Iraq, Afghanistan, Selatan Thai, Kematian MJ,Kematian Dr. Sherbini..~

  13. Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

    “Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai”
    - Sahih Muslim

    ~ Dubai dah turun salji.. Mina dah kene banjir..~


Sahabat2 sekalian...

Marilah kite renung sekejap... dah cukup ke bekalan kite untuk akhirat kelak...???
dah bersedie ker kite nie nak ke sana..???

Ingat!!! orang mukmin pasti akan gembira bila tibanye hari kiamat....hanya orang munafiq jer yg menyatakan bahawa kiamat x kn terjadi... dan mereka takut akan berlakunyer hari kiamat...

Sme2lah kita ingat-mengingati 1 sme lain...Janganla kite segan untuk membetulkan ape yg salah... Kebenaran pasti akan mengalahkan kebatilan..

Wallahua'lam.........